5 Selebriti Malaysia Yang Bergelar Hajjah

shares



Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji. Saban tahun lebih 2 juta jemaah haji akan berada di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah rukun kelima.

Tidak terkecuali para selebriti tempatan yang berkemampuan untuk menyempurnakan seruan panggilan haji.

Kami senaraikan Top 5 selebriti Malaysia yang sudah bergelar Hajjah yang mungkin ada di luar sana yang masih belum tahu.

1. Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza



Dato Siti Nurhaliza telah mengerjakan ibadah haji pada penghujung tahun 2007 bersama dengan suami tercinta Dato Seri Khalid Muhd Jiwa. Selepas pulang ke tanah air dari mengerjakan haji, Dato Siti telah mengambil keputusan untuk memakai selendang.

2. Puan Hajjah Sheila Rusly



Pelakon dan penerbit terkenal ini telah menunaikan fardhu haji pada tahun 2007 bersama-sama dengan suaminya yang juga seorang pengarah, Jinggo. Selepas pulang dari mengerjakan haji, Sheila Rusly yang popular dengan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan ini telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

3. Hajjah Noor Neelofa



Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal ini telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 2016 di usia 27 tahun. Pengumuman beliau bakal mengerjakan haji menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa beliau diberi pelepasan visa oleh Tabung Haji hanya selepas sebulan mendaftar. Perjalanan haji Neelofa dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.

4. Hajjah Shazrina Azman (Mizz Nina)



Penyanyi Mizz Nina telah mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun 2013 bersama suaminya yang juga penyanyi, Noh Salleh. Lebih mengejutkan apabila Mizz Nina telah mengambil keputusan mengubah penampilannya secara drastik daripada imej penyanyi pop dan hip hop urban kepada muslimah sejati. Beliau juga telah bersara dari dunia nyanyian.

5. Hajjah Najwa Mahiaddin


Penyanyi yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin ini telah mengerjakan ibadah haji pada tahun 2014. Seusai pulang dari tanah suci, penyanyi lagu Got To Go ini mengambil keputusan untuk memakai hijab dan kini tampil selesa sebagai penyanyi urban berhijab.

Kami doakan semoga ramai lagi muslimah di luar sana yang terinspirasi dari para selebriti ini untuk menunaikan ibadah haji seandainya berkemampuan.


Sumber : Suria

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar